Thursday 8 December 2016

Entry Bergambar: Trip to Bandung 4-8 Sept 2015 - Day 4

Dalam hari yang sama taip day-3 skg terus ke day-4 ye.
Tengah rajin.

Day-4
Tiket flight tak silap dalam 8.30 pagi lbh kurg. so kami bangun seawal pagi yang mungkin. Barang dah siap packing malam sebelumnya. tu pun berdebar nak tido malam, takut dua2 hanyut tak terjaga sbb semalam siang berjalan sakan. kunci semua alarm n minta reception kol juga.


Dari hotel terus ke airport. selagi tak cek in, selagi tu rs berdebar je.. ni tengah wrapping brg2. terlebih kg utk kargo. so budak2 wrapping ni tolong keluarkan dan buat hand carry so ngam2 je barang duk kargo tu. dah alang2 wrapping, kami minta diorg buat semua bag sekali kecuali bag luggage. bag yg kena wrap adalah bag plastik shoping, kami beli yang besar. memang tujuan nak letak barang shoping je dalam tu.




Dah selesai cek in semua n tggu pengumuman baru la lega...perut lapar tapi tggu je sbb dah beli mknn dlm flight.








Ada kejadian mase nak lepas kastam Malaysia ni. laki aku beli dua biji helmet kt bandung. tak pasal kena tahan. sbb diorg kata salah. helmet luar xde sirim. mula2 diorg kata kena bayar. kami ingtkan duit kopi la kan..bila kami diam, dia ckp la yang kami beli kain baju byk, minyak wangi banyak. pun kalau ikutkan salah katanya(ntah betul ke tidak xtau la). Ye la kan, dah lalu scanner, mmg nmpk semua la. Peg kastam ckp dia mls nak punggah bag kami sbb kami dah wrap (fuhh...) so dia kte senang byr je. kalau tak nak byr, kami kena call pihak supplier la, apa la nak sahkan helmet tu. memang rumit la.

Bile kami pikir2, senang byr je. so bila laki aku tanya ada resit ke tidak, dia kata ada resit. so mmg sah la byr ke pej kastam, bukan masuk poket dia. boleh diterima la kan. kena dalam RM150.



Selesai semua urusan kami naik train dan ambil kereta di TBS. sepanjang perjalanan balik dari KL-Kuantan, aku tidur je. tak boleh celik mata lansung. Ngantuk tak ingt dunia. Orang tak pernah fly, camni la..:)

Ok la, itu sahaja untuk kali ni. nak menghabiskan satu trip, makan tahun kot....hahahaa..

Jumpa lagi..:)

No comments: