Thursday 8 December 2016

Entry Bergambar: Trip to Bandung 4-8 Sept 2015 - Day 3

Assalamualaikum semua...
Lama sungguh tak mencoret dalam blog kesayangan ni.
sampaikan tak pasti aku masih mampu menaip atau tidak macam dulu..

Jom la kita sambung cerita pasal trip ni walaupun dah lebih setahun berlalu..:)
Dah tak gigih macam dulu uols

*****************************************************************

Day 3
Pak Supir bawak kami mkn pagi di sebuah kedai makan. atas permintaan kami, nak rasa makanan masyarakat bandung di pagi hari. so dia bawa ke sebuah kedai yang tersorok di celah2 bangunan dan kena melalui lorong sempit. Kedai makan ni macam diubahsuai dari kediaman, sbb tu mgkin kedudukannya tersorok sikit. tapi jangan main2 tau, tempat makan je macam ni tp byk org2 besar kerajaan Indonesia dah datang makan sini. Presiden diorg pun pernah dtg makan jugak. budaya kat sana org2 besar kerajaan ni masih pergi makan di kedai2 macam ni. Kalau kat Malaysia, kirim salammm..


See, kedainya biasa je kan..


Ni la supir kami terbaik


Ni la menu specialnya
Nama makanan atas ni Lontong Kari. Yang macam keropok tu adalah emping.
Rasanya macam makan nasi impit dengan kuah mee kari. So tak la pelik bagi tekak kami. boleh makan n not bad jugak. Kata nak rasa mknn tempat org kan..

Betul aku cakap kan..lalu celah2 bangunan
Nak sampai kedai ni, kena lalu lorong camni dalam 100++ meter. tak sure sgt. tp lebih kurg la.
Tapi nak puji, lorongnya bersih, tak scary pun so xde hal la klu jalan jauh sikit pun demi mu makanan...hahaha

Kami di pagi hari ke-3
Selesai makan pagi, kami pergi ke satu jalan ni. Jalan yang jual banyak helmet semalam. Tempat ni sebenarnya xde dalam list tapi bile laki aku tanya kat mana nak cari barang motor, kat jalan ni la supir bawak. Macam yang pernah aku cerita sebelum ni, kat bandung stylenya, kalau jalan tu jual brg kulit, barang kulit je lah, ko takkan jumpa kedai perabot ke, kedai ikan ke..n so on..

And here we go again..mmg ada jugak la design helmet yang rare, xde kat Malaysia. Kat Bandung ni, motor atas jalan sangat banyak. boleh dikatakan lebih dari kereta sampaikan diorang ada ruang khas untuk motor bila di trafik lite. biasa kalaukat Msia motor akan selit2 je kan depan n tepi kereta. Ruang khas nya agak besar jugak, kalau 5-10 meter panjang dan lebarnya seluruh jalan. kemudian ruang ni akan dicat warna merah. so kalau kt trafik lite tu, kereta akan berada belakang ruangan merah ni, motor yg akan duk depan. mmg byk betul motor wei.

Sebab tu jugak la kot industri motor n segala aksesorinya membangun pesat.


yang ni kami beli


kedai jual helmet sahaja
aksesori motor yang lain pun banyak jugak. Pendek kata semua adalah!

Seterusnya makan tengahari kita pegi makan Nasi Padang. 1st time nak rasa ni.
Kat Malaysia asyik tak sempat je nak pergi. so dah sampai sini wajib try.



cara hidangnya mmg macam ni
Bukan kitorang buruk lantak ei, semua makan..hahaha
Memang cara hidangnya macam ni. dia akan hidang semua jenis lauk yang ada dalam kuantiti yang sikit.
So kita makan yang mana kita nak je, n nanti akan bayar yg mana kita makan je.
Kalau orang yang tak tau, mungkin akan usik semua lauk. ha, bayar la ko semua nya..


lauk ni aku makan sampai 3 pinggan
Aku makan tak banyak lauk pun, sayur + lauk atas ni. Kalau tak silap aku ni daging lembu tapi bahagian kaki. mgkin urat keting or kulit dia. memang fav aku pun ni kalau kat malaysia. sebab tu makan lauk ni je. laki aku xleh pegi dengan lauk ni.

Dah kenyang semua... jom pergi tempat lain pulak..

Ni namanya Floating Market. Lebih kurang macam dekat Thailand tu. Tapi ni bukan dekat sg tapi dekat tasik. macam tempat ni memang dibuat untuk pelancongan.

Tiket masuk tak ingt. sila google. tapi tak mahal pun kalau xsilap. Kat sini banyak bahagian n sangat luas. lebih kepada lanskap. ada taman jepun, kolam ikan, floating market, tmn rabbit n sbgainya.






Cantik sangat kan tamannya
Tenang betul la tempat ni.. Ni pun sampai dah petang so banyak tempat xdpt pergi sbb dah gelap. kat sana gelap awal dari malaysia.

untuk dijual


tempat minum


ni hanyalah replika je


bebola kayu
Ntah apa la nama taman ni tapi mmg kagum la. macamane la diorg buat bola dari kayu macam tu.
Memang rumit betul.



















ikan besar2

bile diberi makan, kerumun bagai nak hapa


Kami sampai dah lewat ptg kt area sini so byk floating boat dah tutup. Kalau sampai awal mesti meriah kawasan ni sbb byk org beli2.








yang belakang tu floating boat




mmg cantik tempat ni untuk bergambar 





Ni ada sawah padi pulak













Sampai dah malam kita kat sini

Untuk dinner, kami minta supir bawak ke restoran yang special sikit. then dia bawak ke sini. restoran ni di Bukit Dago kalau tak silap. Namanya The Stone Cafe. Ada pentas untuk live band buat persembahan jugak.

Kami ambil tempat makan jenis pondok. kat sini banyak jenis tempat duduk. sejuknya memang tak payah cakap la, dah la cuaca bandung sedikit sejuk dari malaysia. lepas tu makan atas bukit pulak, malam lagi. xsilap aku dalam 18 darjah mlm tu.

Pic makanan ntah mane tak jumpa dah. hehehee. tapi overall makanan puas hati, semua sedap. total bill dalam RM70++. so ok la, macam makan kat kafe malaysia gak.



pondok dekat lereng bukit. belakang tu lampu2 bandar bandung



Malam terakhir dapat romantik dinner macam ni..Best sangat. Kenangan yang tak dapat dilupakan..:)

Itu saja untuk hari ke-3. Nanti kalau rajin akan jumpa dalam tahun ni. kalau tak rajin tahun depan, eh..


No comments: