Thursday 25 September 2014

Gelagat Zafran Rafiq

Meh layankan gelagat satu2nya anak sedara aku ni..
Bijak ya amat dah skg...
N nakal...













Kalau dia ada balik tu, riuh la sikit rumah kt kg
Zafran ni rapat ngn arwah ayah aku
Kalau dia tengah main pun, bile atokwan panggil tido dia terus bangun.
kalau ayah aku duduk kt kerusi pun, dia boleh dtg kacau2 sondol2 ayah aku..
memang kesayangan sgt ni..

Mase arwah meninggal tu, dia paham. bile Tanya tokwan mane, dia ckp takde dah.
budak2, tak tau la sejauh mana kefahaman dia.

Tak tau la bile dia besar nnt, dia ingt kt tokwan dia lagi atau tak..:(

Wednesday 24 September 2014

Farouq Maju: Nasi Daun Pisang


Untuk lunch aku ajak en suami try nasi daun pisang
Tak pernah makan katanya

Aku pun dah lama tak makan..
So lets..


 

Nampak tak betapa terujanya dia kan
Meja pun penuh..
Kalau perut dh berkeroncong, apa lagi..

Set untuk nasi daun pisang ni nasi putih, tiga jenis sayur dan tiga jenis kuah.
tapi semalam aku ambik satu kuah je, sbb mana pandai mkn kuah campur macam mamak tu..
dan sepiring papadom
Lauk selain dari tu kene ambik lain

Nak hidang ada caranya
Mula2 dia letak daun pisang kosong depan kita
Lepas tu dia letak sayur 3 jenis. setiap hri menu sayur brubah2.
then letak nasi putih ikut bape banyak yg kte nak
pastu dia akan letak kuah. ada 3 jenis kuah, dal, kari ayam n kari kambing.
ikut tekak sendiri nak kuah yg mana

Semalam kitorang add on kari kambing n ayam goreng
penuh meja makan berdua.
bukan byk pun makan cumanya daun pisang besar

ok. next kedai!

Tuesday 23 September 2014

Pantai Kemasik : Kali ke-2 Datang

Yup, kali kedua datang dgn suami
1 time datang mase tu kami baru kenal seminggu kalau tak silap

Tempat kenangan kot...
Sembang pun malu2 lagi..
Kali kedua datang dah kawen pun...
Alhamdulillah...

Yang kt bawah ni mase dtg 1 time dulu...
tak ingat aku dah pernah upload ke tidak pic ni dlm blog..








yang kat bawah ni pulak yang baru pegi cuti hari Malaysia 16 sept lepas...





 
 
Ok, Nampak pape perbezaan x kat kami sebelum ngan selepas kawin??hehehe

Ok, kalau Nampak diam2 je ei. jawab dalam ati.hahaha..

Monday 22 September 2014

Sunday Date At Old Town White Coffee

Bukan selalu boleh keluar berdua waktu siang ni..
Hanya hari ahad je yg boleh..
En suami ckp dia xpernah lepak Old Town.
So meh kte pg..
Old Town Jalan Mahkota yang bru bukak semula..

Kite lanje dia sebab teman kite shoping..hehehe




Nak minum kopi kaw katanya..haaa..ambik..
Memang pekat la , tersangkut kt tekak..hihihi
Coklat ais yg aku minum tu pun sedap, rugi lak tak order large..

fav food klu dtg sini egg noodle wantan
n en suami roti telur pisang katanya..
aku ase menu skg tak byk sgt macam menu dulu la...
mungkin lain owner so lain pilihan...

So mknn semua ok, xde  yg xsedap...
En suami pun kte ok.

Ok, next destination!hahaha..:)





Saturday 20 September 2014

4GB B Series MP3 Walkman (Red)


Ia..akhirnya aku berjaya beli satu-satunya Walkman dalam hidup aku..

Setelah disurvey n di kaji kebaikan dan ciri2 nya di website sony, aku pilih model ni.


Features


  • Bass Boost
  • FM Recording
  • Quick Charge
  • Direct USB
  • Drag And Drop Transfer
  • Long Battery

Specifications

General
Memory (Available capacity may vary)4GB
FM TunerYes
Input / Output TerminalsHi-Speed USB(USB 2.0 compliant)
Power SourceBuilt-in Rechargeable lithium-ion Battery, USB power (from a computer via a USB connector of the player)
Recharging MethodUSB-based charging
Recharge TimeApprox. 70minutes
Dimensions (W x H x D)
Maximum Dimensions (W x H x D)84.5 x 22.2 x 13.4mm
WeightApprox. 30g
Supplied Accessories"WALKMAN" (1), Headphones (1), Quick Start Guide
Music
Sound SettingsBass Boost / 5Band equalizer(Heavy/Pop/Jazz/Unique/Custom)
Play ModeShuffle/Repeat/Repeat 1 Song
Continuous Playback TimeApprox. 20 Hrs
Number of SongsApprox. 890 songs
File Formats Supported
MP3 AudioBit rate: 32 to 320kbps (Supports variable bit rate (VBR)), Sampling frequency : 32, 44.1, 48kHz
WMA AudioBit rate: 32 to 192kbps (Supports variable bit rate (VBR)), Sampling frequency : 44.1kHz
AAC AudioBit rate: 16 to 320kbps (Supports variable bit rate (VBR)), Sampling frequency : 8, 11.025, 12, 16, 22.05, 24, 32, 44.1, 48kHz
Linear-PCM AudioBit rate: 1411kbps, Sampling frequency : 44.1kHz





Kredit Sony Malaysia


Thursday 18 September 2014

Memoir Buat Abah

Permata hati kami


Lama masa untuk aku ambik untuk mencoretkan n3 ini.Sekadar memory untuk aku simpan biler mana aku tua nanti.Coretan tentang cerita dan kisah jasa dan keringat seorang abah. Aku bangga ada abah yang tak pernah gagal membesarkan anak-anak dengan sempurna

Apa sahaja kemahuan kami, akan cuba dituruti tak kira dari segi pakaian, makanan malah bercuti. Sedaya upaya dia cuba penuhi.Sehingga disaat2 akhir hayatnya juga pun, tetap tak lupe nk mengingatkan mak tuk beli banyak lagi makanan kerana semua anak2 nak balik…aduhhh..hati jadi serpihan kaca biler ingat balik..


Senyuman itu
 
Aku sebagai anak sulung, memang adalah paling lama bersama abah dari adik2 yang lain.
Abah bukan kerja kerajaan, hanyalah seorang peniaga. Beliau mula berniaga semasa umur aku lebih kurang setahun. Sejak dari itu lah dia berulang alik setiap minggu dari sabak bernam ke taman melawati untuk mencari rezeki. Itulah pekerjaannya bagi menyara kami sekeluarga dari dulu sehinggalah kami dah besar dan dapat mencari rezeki sendiri.

Tak banyak memory yang aku masih ingat mase kecil bersama dia. Cumanya dia rajin bawak aku pergi ke kedai naik motor untuk beli lauk atau brg dapo dengan syarat sehari hanya sekali sahaja boleh beli mainan. Ahh, rindu saat tu. Rindu keinginan dan keghairahan naik motor sambil pusing kg. kalau tak beli pape pun xpe, janji ikut.


Rombongan dari pihak kami
Masa semakin pantas berlalu. Dalam pada sibuk mencari rezeki untuk kami, abah ada penyakit darah tinggi dan gout. Biasa la, penyakit akan datang bile badan dah makin tua. Yang aku tak boleh luper, dia suruh jer mak beli udang/sotong kalau pegi pasar untuk bagi anak-anak makan bile balik sekali sekala ni walaupun dia sendiri tak boleh makan. Mak slalu tegur abah, tak perlu lah beli sbb kesian abah tak bleh makan. Abah akan jawab kesian anak-anak nak makan. Kami tak kisah pun sebenarnya semua tu abah, janji abah tak sakit selalu. Kami boleh makan semua tu kt luar.tapi itulah abah kami…L


Bersama salah seorang adiknya
Perjalanan kesihatan abah begitulah. Ada turun, ada naik. Tapi semua under control. Dipantau oleh emak selalu. Senyuman abah tetap ada menunggu kami pulang ke kg. tetap ada. Tetap ada sarapan pagi atas meja bile kami anak2 ni bangun pagi. Balik solat subuh kt masjid, dia akan beli sarapan. Beli mknn kegemaran anak2.

Bermula ramadhan 2014, entah kenapa abah semakin hilang selera makan. Dia hanya mampu berpuasa seminggu sahaja. Dek kerana tak de selera tu lah, badannya semakin susut. Dah tak de daya untuk berpuasa. Jenuh kami anak2 carikkan makanan yang ingin dimakan. Aku takkan pernah luper, mknn terakhir yg aku belikn untuk dia mase ramadhan terakhir dia adalah nasi ambeng dan murtabak pisang. Murtabak pisang fav dia. Aku mmg ikut selera dia yang tu. Nasi pulak dia hanya mampu makan dalam 3, 4 suap jer. Tapi boleh la, untuk bagi tenaga pada dia. Sepanjang tak selera makan tu, dia hanya minum air dan susu je. Itu pun segelas sehari. Makin lama makin sikit. Allahurabbi, tak sanggup tgk dia macam tu.
kek yang ku beli tuk meraikan hari jadi terakhirnya yang jatuh pada ramadhan lalu

1 Syawal 2014 aku beraya di kuantan. Walaupun mase tu ada rasa nak balik sabak bernam untuk 1 syawal, bile pikirkan suami, aku beraya di kuantan dulu. So nnti boleh lama sikit kt kg aku. Ntah kenapa 1 syawal kepala aku tetap ingat kg. ingt abah yang tak sihat. Aku berkeras nak balik petang 1 syawal. Walaupun ada sedikit masalah, aku tetap teruskan niat sebb aku dah maklum dulu pada mak yang aku nak balik awal. Biler mak call semula n bgtau abah Tanya bile aku akan sampai, hati aku tuhan shj tau.

Aku sampai kg lbh kurg pukul 2 pagi. Abah yang masih berjaga tunggu aku balik. Katenya terjaga sbb nak minum air. Hampir seminggu aku beraya di kg. abah memang dah semakin tak larat. Dah tak pergi mana2. Hanya tunggu orang dtg ziarah dia je. Tapi kami tetap yakin abah akan sihat semula sebb dia memang selalu jugak sakit2 macam tu. Hari jumaat aku gerak dari kg. singgah KL satu malam . so sabtu bru balik kuantan. Sampai rumah dalam 6.30 ptg. Malam kami tertido awal sebb letih perjalanan. Dalam pukul 12.50 pagi, mak aku kol bgtau abah dah nazak. Dalam pada mamai2 tu aku duduk sambil berpikir. Apa nak buat sebab baru smpi kan..kejut laki bgtau n tanya pendapat. Katenya esok kol balik n klu teruk kite balik kg esok jugak. Aku kol balik mak semula dalam kul 1. Tengah ckp dlm tel, abah dah pergi mengadap Ilahi. 3 ogos 2014. Aku tak de di cc arwah mase dia pergi. Aku sorang je takde.:(

Bile dah bertenang n lega perasaan, kami bersiap. Packing brg semula slow2. Sbb xde apa tuk aku kejarkan dah. Then dlm pukul 3 pagi gerak balik kg. drive gilir2 sebab nak smpi sblm kebumi. Nasib baik sempat duduk kt tepi jenazah sebelum dimandikan. Sempat tenung dan cium wajah dia. Sehinggalah siap di kapankan. Disolat dan dikebumikan dekat dengan rumah jer. Semua tu masih jelas tergambar di kepala aku. Saat2 kehilangan tu. Sakit dan sedih masih lagi kuat. Masih sama.


Tidak akan ada lagi gambar seperti ini
 
Abah….Pergilah dengan tenang. Senyuman terakhirmu takkan aku lupe hingga akhir hayat. Maafkan aku dari hujung rambut hingga hujung kaki. Dari aku kecil hingga kini. Aku bukan anak yang baik untukmu. Anak yang sering buat hatimu risau. Ampunkan aku abah. Maaf, aku tak bersamamu di pagi Syawal terakhirmu. Terkilan dihati ini hanya Tuhan saja tau.

Tiada lagi senyumanmu menyambut aku pulang. Tiada lagi sarapan di atas meja dipagi hari. Tiada lagi gurau serta usikan mu untuk kami. Tanpa sempat aku bahgiakanmu, tanpa sempat aku balas jasamu. Kau pergi mendahului kami. Mengadap Yang Maha Esa.

Namun jauh disudut hati tetap bahgia dan gembira dengan pengakhiran kehidupanmu sebegitu. Senyuman di bibirmu dan wangian di tubuhmu takkan pernah kami lupa.Kami akan menyusul abah, entah tak tahu bagaimana kesudahan. Moga baik jua kesudahan kami nanti.:)
 
Wajah tua yang telah berkorban segalanya untuk memastikan keluarganya dapat hidup dengan sempurna..

 
* Sedikit coretan tentang insan terpenting dalam hidup aku. semuanya sudah ku luah. sudahku tulis. sudah ku lepaskan dalam entry ini. biarlah cerita ini bersemadi di sini. menjadi kenangan untukku dimasa akan datang.juga untuk tatapan keluarga dan kaum kerabat. 

Wednesday 17 September 2014

16 September - Sabra & Shatila

Selamat kembali bekerja uolss..
tiba2 dating mood nak hupdate kejap walaupun lama dah menyepi..

Buzy uruskan kehidupan..ewahh..hahaha

amacam cuti semalam?
tentu korang isi mase dgn jalan2 kan...
ewahh padahal nak ckp yang semalam aku baru bljr main bowling
giler entang betul la
dah tua2 baru nak belajar..
Tak pe la kan, dri tak pandai lansung.

walaupun semalam bola byk masuk longkang, tp xpe.
usaha tangga kejayaan.

eh bukan pasal ni aku nk share hari ni
aku nak share satu sejarah tentang rakyat palestin
tarikh berlaku peristiwa ni adalah semalam cuma pada tahun 1982.
Jom2 kite baca sejarah sikit.

*****************
 
PENDAHULUAN

Selepas  Perang Kemerdekaan Israel 1948 dan Perang 6 Hari 1967, penduduk Palestin telah dihalau keluar oleh tentera Israel. Kebanyakan mereka telah dihalau dan dibuang ke negara Arab yang lain seperti Jordan, Lubnan, Syria, Mesir, Arab Saudi dan Iraq. Harapan Israel ialah orang Palestin akan diserap menjadi penduduk negara Arab yang menerima mereka. Namun hasrat mereka tidak menjadi kenyataan. Penubuhan PLO diketuai Yasser Arafat menunjukkan bahawa walau sejauh mana penduduk Palestin dibuang sekalipun, jiwa dan raga mereka masih lagi tertinggal di tanah air mereka. Palestin. Perjuangan PLO mendapat simpati negara Arab yang ditumpangi seperti Jordan, Syria dan Mesir dan mereka membuka ibupejabat di Amman, Jordan.

Namun, selepas tragedy Black September pejuang PLO telah dihalau keluar dari Amman, Jordan. Pejuang-pejuang PLO ini kemudiannya telah berkumpul semula di Selatan Lubnan dan berpengkalan di Beirut. Lubnan, sejak sekian lama bukanlah sebuah negara yang aman. Berpuluh-puluh tahun Lubnan menjadi medan pertempuran Perang Saudara antara rakyatnya yang berbilang puak dan agama seperti Kristian Maronite, Sunni dan Syiah. Setiap puak ini juga mempunyai parti dan organisasi separa-tentera mereka yang tersendiri yang kadangkala menjadi kawan seperjuangan dan dalam masa yang sama menjadi musuh dalam selimut. Ditambah lagi dengan pencerobohan Israel dan Syria, Lubnan sememangnya jarang merasai keamanan.

 
 

PLO menggunakan kawasan Selatan Lubnan sebagai tempat melancarkan serangan ke atas Israel. Israel menggunakan ancaman ini sebagai satu peluang untuk meluaskan kuasanya ke atas Lubnan. Maka Israel melancarkan Operasi Litani dan Operasi Peace for Galilea. Israel bersekutu dengan Puak Maronite Kristian yang dipimpin oleh Parti Kataeb yang mempunyai pasukan tenteranya iaitu Lebanese Forces (LF) dibawah Bachir Gemayel dan juga South Lebanon Army (SLA) dibawah Elie Hobeika. Parti Kataeb amat menentang kehadiran pelarian Palestin di Lubnan. Malah Bachir Gemayel pernah mengatakan bahawa dia ingin sekali meratakan kem pelarian palestin untuk membina gelanggang tenis. Puak Kataeb menggunakan kesempatan kehadiran Israel untuk menampan kehadiran tentera Syria yang mengawal Lubnan dan PLO.

Operation Peace for Galilea juga dikenali dengan Perang Israel-Lebanon, yang memakan masa hampir 18 tahun (1981-2000)

Melalui operasi tersebut, PLO terdesak berundur ke Beirut setelah menghadapi tentangan sengit. PLO kemudiannya mengadakan perjanjian dengan Israel melalui Multi national Force (MNF) yang disertai oleh USA, Perancis dan Itali. Menurut perjanjian tersebut pejuang PLO setuju untuk berundur keluar dari Beirut, Lubnan dengan syarat Israel  tidak memasuki Beirut. Manakala pelarian Palestin pula diletakkan dibawah penjagaan MNF sehingga 25 September. Perlucutan senjata orang awam secara besar-besaran dilakukan. Maka sebaik sahaja pejuang PLO berundur, yang tinggal di kem perlarian kebanyakannya hanyalah wanita, kanak-kanak dan orang tua sahaja tanpa senjata untuk perlindungan. Mereka percaya dibawah perlindungan MNF mereka akan selamat. Sebaliknya, tentera MNF meninggalkan Lubnan sebaik sahaja pejuang PLO berundur iaitu pada 13 September.

Bachir Gemayel dilantik menjadi Presiden Lubnan. Merupakan seroang yang pro-Israel, Bachir pernah menghantar 500 orang LF untuk menjalani latihan di Israel pada awal tahu 1982. Bachir memenangi jawatan presiden selepas tiada pencalonan lain. Israel amat mengharapkan Bachir menjadi presiden supaya rancangan Begin (PM Israel ketika itu) untuk menguasai Selatan Lubnan untuk keamanan Israel selama 40 tahun terlaksana. Namun begitu Bachir tidak setuju dengan rancangan tersebut. Bachir merancang menggunakan IDF untuk menghalau Syria dan kemudiannya menggunakan USA untuk menekan Israel keluar dari Selatan Lubnan.

Bachir Gemayel

Bachir Gemayel kemudiannya dibunuh pada 14 September apabila bangunan ibupejabat partinya dibom. Pembunuh, merupakan seorang nasionalis Syria yang menentang polisi Bachir yang pro-Israel. Namun ada khabar angina mengatakan bahawa pembunuhan tersebut dirancang oleh Israel dan orang-orang Hobeika kerana ketika pengeboman tersebut, Elie Hobeika yang bertanggungjawab ke atas keselamatan Bachir, tidak hadir. Walaubagaimanapun Ariel Sharon meletakkan kesalahan tersebut kepada orang Palestin. Adik Bachir, Amine berikrar untuk membalas dendam atas kematian abangnya.

TRAGEDI

IDF mendakwa terdapat 2000 pejuang PLO tidak berundur dan masih berada di kem pelarian Sabra dan Shatila. Dengan situasi kacau-bilau selepas pembunuhan Bachir, IDF kemudiannya mara ke Beirut pada 15 September atas alasan memburu saki-baki pejuang PLO dan mengawal keamanan Lubnan. Lewat petang, tentera Israel telah mengepung kem Sabra dan Shatila dan mengawal jalan keluar masuk kem dengan menggunakan kereta kebal.


Keesokan harinya, 16 September pihak IDF yang diketuai oleh Ariel Sharon dan beberapa pegawai tenteranya mengadakan mesyuarat bersama dengan ketua para-military puak Kataeb yang diketuai oleh Hobeika. Jet pejuang Israel melakukan penerbangan rendah diatas kem bagi melakukan tinjauan. Lewat petang, seramai kira-kira 150 orang pengganas Kataeb bersenjatakan kapak dan parang memasuki kawasan kem. Pada malamnya pula, tentera Israel telah melepaskan ‘flare’ ke udara untuk menerangi kawasan kem bagi memudahkan puak Kataeb dan Haddad menjalankan Operasi Kasach iaitu operasi ‘pembersihan’ kem Sabra dan Shatila dari ‘pejuang PLO’.

Sepanjang malam sehingga keesokan harinya 17 September kedengaran bunyi mesingan yang dilepaskan secara rambang kepada penduduk kem. Mereka juga mengugut untuk meletupkan rumah penduduk yang enggan menyerah diri. Apabila menyerah diri, penduduk kemudiannya diseksa sebelum badan mereka dikelar. Mayat-mayat penduduk kemudiannya dilonggokkan.  Kanak-kanak dan wanita yang berusia 12 sehingga 16 tahun dikumpulkan dan dibawa ke stadium untuk ‘disoal siasat’. Mereka kemudiannya ‘hilang’. Terdapat beberapa wartawan asing yang berjaya mencuri masuk ke kawasan kem.

Walaupun diarahkan IDF supaya keluar pada 5 pagi 18 September, pengganas Kataeb dan Haddad hanya keluar pada 8 pagi. Wartawan asing dibenarkan memasuki kem satu jam kemudian.

Tentera Israel tidak terlibat secara langsung terhadap tindakan ganas puak Kataeb terhadap penduduk kem walaupun kedudukan pos kawalan mereka dapat melihat dengan jelas terhadap apa yang berlaku. IDF memberikan bantuan komunikasi, makanan, gambar udara dan peta kem kepada pengganas Kataeb. Tentera Israel juga bertindak menghalang penduduk kem daripada keluar melepasi kawasan kem. Penduduk yang melarikan diri diarahkan untuk kembali ke kem mereka.

Terdapat keraguan terhadap siapa pengganas yang melakukan pembunuhan tersebut. Ada yang mendakwa kesemua pengganas tersebut merupakan askar Israel kerana terdapat insiden dimana saksi melihat mereka bercakap dan membaca surat khabar bertulisan Hebrew. Selain itu terdapat juga pengganas yang berkulit gelap seperti orang Afrika serta orang asing yang tidak berbahasa Arab ataupun Hebrew yang memungkin penglibatan tentera upahan. Ini memungkinkan niat Israel untuk menimbulkan kecurigaan antara Puak Kristian Maronite dengan orang Palestin. Ada juga saksi yang menyatakan dengan jelas penglibatan Puak Kataeb yang dipimpin oleh Hobeika dan Puak Haddad iaitu tentera upahan IDF dan Kataeb.

Walau siapapun yang melakukan pembunuhan kejam tersebut,  secara langsung ataupun tidak, sudah tiada sifat manusia didalam diri mereka lagi. Kebanyakan mangsa yang terbunuh adalah wanita dan kanak-kanak. Ada yang mati akibat tembak curi. Namun kebanyakannya mati dikelar dan terdapat tanda-tanda mereka diseksa dahulu sebelum dibunuh. Terdapat kesan-kesan ikatan wayar pada mangsa. Manakala bagi wanita kebanyakannya dirogol secara bergilir-gilir sebelum tubuh mereka dikelar. Ada juga yang matanya dikorek dan ada juga mayat yang dicincang serta patah riuk.

 
Suasana di Sabra dan Shatila selepas pembunuhan

Mayat-mayat dilonggokkan, dibiarkan mereput sebelum ditimbun dan dikambus dalam kubur besar. Kelihatan mayat seorang tua yang dikorek mata sebelum dibunuh

Semua ahli keluarga berbaris diluar rumah sebelum dibunuh. Mayat mereka kemudian dilonggokkan dengan jentolak.

Israel telah menubuhkan Suruhanjaya Kahan untuk menyiasat dakwaan penglibatan IDF dalam peristiwa tersebut. Hasilnya, mereka mendapati Israel tidak terlibat secara langsung terhadap pembunuhan tersebut sebaliknya dilakukan oleh Hobeika dan orang-orangnya. Namun, mereka mengakui IDF tidak mengambil tindakan sebaiknya untuk menghentikan perbuatan jenayah tersebut. Ariel Sharon dan beberapa pegawai tentera turut diminta untuk dipecat dari IDF dan dikutuk.

 
Ariel Sharon bersama George W Bush

Kerana Tragedi Sabra dan Shatila, Ariel Sharon mendapat gelaran “The butcher of Beirut”. Walaupun berundur dari jawatan Menteri Pertahanan Israel (Sharon tak mahu berundur pada awalnya dan Menachim Begin, PM Israel ketika itu juga tidak mahu memecat Sharon, namun meletak jawatan selepas satu percubaan bunuh), pada tahun 2001, Sharon akhirnya menjawat jawatan sebagai PM Israel yang ke-11. 




 
Sabra dan Shatila hanyalah satu pengulangan siri keganasan tentera Israel seperti Tragedi Deir Yassin 1948 – Sami Hadawi, pakar sejarah

 

Manakala Suruhanjaya Antarabangsa pula Berjaya membuktikan pembohongan dakwaan IDF mengenai kewujudan 2000 pejuang PLO di Sabra dan Shatila. Tanpa pejuang PLO dan senjata, penduduk kem tidak mampu mempertahankan diri mereka. Malah, saksi wartawan yang memasuki kem selepas peristiwa tersebut turut menjumpai senapang mainan yang diperbuat daripada plastisin ditemui di sisi mayat seorang budak lelaki, menunjukkan betapa penduduk kem tidak mampu melindungi diri mereka sendiri.

KESIMPULAN

Sekiranya USA dibenarkan dunia untuk menuntut bela diatas kematian rakyatnya, bukankah Sabra dan Shatila boleh melakukan perkara yang sama? Tidak. Mereka hanya mahu tanah airnya kembali. Itu sahaja. Mereka hanya mahu hidup aman, sambil menjaga ladang oren dan zaitun mereka , melihat anak-anak mereka membesar dan bersolat di Masjidil Aqsa tanpa ada halangan. Namun semuanya dirobek dan dirampas oleh Israel setelah mereka dibuang dan dihalau pada 1948 dan 1967.

Situasi di palestin dan Lubnan tidak mustahil untuk berlaku di Malaysia. Sekiranya para pemuda Palestin menghadapi tentangan dan peperangan secara fizikal oleh musuh mereka iaitu Zionis, para belia di Malaysia pula sedang berhadapan dengan serangan secara pemikiran dan ideology iaitu Hedonis (sifat cintakan dunia dan hiburan melampau). Di Palestin pemudanya terkorban dibaham peluru dan mortar memburu syahid, di Malaysia pula belianya maut di jalanan, sama ada sebagai mat gian ataupun mat rempit.

Kini, mayat mereka yang terkorban masih lagi disitu. Tertimbus jauh didalam runtuhan Sabra dan Shatila tanpa ada batu-batu nesan untuk memperingati mereka dan juga pengebumian yang sempurna. Kerajaan Lubnan juga bercadang untuk meratakan apa yang masih ada untuk memberi laluan kepada pembangunan.
 
RUJUKAN
Dari Beirut ke Jerusalem, Sebuah kisah benar oleh Dr Ang Swee Chai
Sabra Shatila terus merintih oleh Dr ZainurRashid penulis blog Peduli Ummah
Rakyat Palestin bersuara oleh Alijah Gordon
Maszlee Malik, kolumnis PalestinKini
Wikipedia
 
Kredit kautahutak
 
***************************
 
Sama2 lah kite sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka.