Thursday 15 October 2015

Entry Bergambar: Trip to Bandung 4-8 Sept 2015 - Day 1

Morning semua..lamanya lah dah tak tulis blog ni
Banyak sungguh kekangannya..
Malas pun ye jugak la

Nampak gayanya blog ni mungkin aku akan tulis pasal percutian je kot
kalau cite saban hari yg remeh2 tu rasanya mmg malas dh..
Cite pasal vacation pun kalau ikutkan hati malas jugak, tp sebab nak tgglkan memori
Kang aku ni lupe..makin tua..bukan makin muda

So.....
Meh la kita mulakan journey kita kali ni
Destinasi dipilih secara rambang juga atas faktor mata wang yang murah dan berhampiran dengan Malaysia. ni 1st percutian aku ke luar negara taw. so jgn gelak.
tiket adik ipar aku beli bulan 4 ari tu. Asalnya memang dah plan nk bercuti ber4. adik aku laki bini n kami. tp apakan daya. laki dia kene audit last minit. so mmg xleh cuti. tapi tiket flight mmg AA skg xleh tukar or refund dah. mmg burn jer la. tiket beli mase promo AA seorang pergi balik + luggage+makan = RM350.00. adik aku kata murah. so ok. xpe.

then lepas tu aku ushar2 hotel pulak. buat ite n budget. survey hotel semua n decide duduk dekat Fave Hotel, Jln Braga. Kos hotel untuk keseluruhan 5H4M adalah RM400.00. fave hotel ni ada jugak cawangan dekat tempat lain. yg aku duduk ni agak baru jugak la. dalam mall. memang kalau nk masuk ke lobi kene naik ikut parkg mall.

Tak sempat pun kami nk pusing mall tu. yer la, kuar hotel pagi2 sblm mall bukak, balik hotel dh mlm. kedai dah tutup semua. tp xpe la, mall sama je mcm Malaysia kan, so xde hal.

*******************************************************

4 Sept 2015
Bertolak dari Kuantan lbh kurang pkul 10 pagi. barang semua dah kemas dah malam sebelum tu. then sampai Gombak dlm zohor dan terus pegi TBS. kami tinggalkan kereta di TBS atas sebab keselamatan dan harga parking yang murah berbanding KLIA. rate RM4/day.

Dari Kuantan-TBS

Dari TBS kami ambik KLIA Express. tiket sehala ke KLIA2 kalau tak silap (lebih kurang) RM22.50/person. masa perjalanan lebih kurang 36 minit.

KLIA Express

sampai di KLIA2 masih awal lagi. jadi kami solat jamak qasar di KLIA2 dan makan. tapi bukan makan berat sebab aku dah book mknn dlm flight nnt.



Sejam sebelum boarding gate bukak, kami cek in luggage. orang memang agak ramai jugak la... then terus ke boarding gate. sebab kan masih awal lagi untuk berlepas, mase berjalan pegi ke boarding gate tu, kami pusing2 masuk dlm kedai bebas cukai yg ada. Sekadar cuci mata, simpan duit untuk shoping dekat bandung nnt.:)


Puas dah pusing, kami terus pergi ke tempat menunggu. Sepatutnya flight berlepas 7.45mlm tapi delay 10.00mlm. ok la,xpe. still boleh terima. pergi solat semua n carik makan. dan dtg balik sblm pkul 10.00mlm.


Hampir waktu berlepas, AA announce yang flight delay lagi. delay pkul 9.30 pagi keesokan hari nya. wahhh...blur sekejap kami. tengah duk pk, sambil aku ushar2 hotel dlm KLIA2 ni,AA announce yg penginapan ditanggung. fuhhh, lega. yer la, hotel yg aku booking kt bandung tu dh kira burn dah, so klu yg ni pun kene byr sendiri, mmg sakit la kan..sib baik diorg bg hotel yg selesa. Sama2 Hotel. dlm kwsn boarding gate tu jugak. so ite kt bandung nnt mmg kene ubah balik la sbb dh short separuh hari kt sana..

5 Sept 2015
Pagi tu bekpes dekat hotel then gerak ke ruang menunggu. flight berlepas seperti dlm jadual. sib baik smooth je.


Terbang di awan biru








Akhirnya setelah berbagai cabaran (kononnya) kami sampai jugak di Airport Bandung. Cuaca agak terik tapi tak panas. sama mcm cuaca dekat Cameron. yer, suhu kat bandung siang pun hanyalah dlm 24 darjah celcius. lbh kurang. mlmnya lagi sejuk around 18-20 darjah.


Selesai segala urusan beg n passport, keluar airport dlm pkul 12 tghari. wahh. kwsn yg sgt sibuk. mcm pg jalan tar, chowkit camtu. bandung bukan bandaraya, x banyak sgt bgnn yang gah. tapi penduduknya memang ramai.

Pak Tato (supir kami) hantar kami ke hotel dulu untuk cek in dan tukar baju. ye la, dah short waktu kan so kene cepat la,xleh lengah2. rugi masa.


lobi hotel



Keluar semula dri hotel pukul 1.30 tengahari. Supir bawak pegi pasar baru dulu sebab aku nak tempah blazer. takut lambat siap kalau lambat tempah.
 

Sampai pasar baru, dah ada org yang tunggu kami. kawan2 supir ni jugak. memang kalau dia lepaskan kami, alamat sesat la wei...7 tingkat kot. dah la kedainya sgt byk. mcm pasar ct Khadijah or pasar payang. korang bayangkan cmne. crowded dengan pembeli dan penjual. aku beli kain sulam, kain ela dan lance. murah2 kot. sib baik la byk lagi tempat nk pegi. tak berani nak shoping melampau. aku pegi cni dua hari, hari ni dan hari ke-3. tu pun sbb nak carik telekung dan kain batik yang mak aku pesan.





ni dekat kwsn jual kerepek/keropok
Segala macam benda yang aku tak pernah jumpa la ada sini. memang kreatif betul org indon ni. mencarik rezeki. aku kagum tengok kat tepi2 jalan kan, cukup byk gerai2 tolak ni. bersepah. sampaikan depan bgnn bank atau pej besar2 pun, diorg elok je parkg bukak stall kt depan janji tak halang lalu lintas. supir ckp, penduduk terlalu ramai, so diorg mmg kene usaha utk carik makan. dengan mcm2 cara la. mmg salute la kt penduduknya n pihak berkuasa sbb xkacau diorg niaga.


Ni kami punya pemandu arah dalam pasar baru. dulu dia pondan tapi skg dh insaf. Susi namanya. nama panjang dia aku tak ingt. memang byk mulut la orgnya.

dengan susi
Setel kat pasar baru pukul 5.00 ptg shoot pegi Cibaduyut. Sampai sana pukul 5.30. kat bandung ni tempat shoping dia macam ni. kalau tempat brg kulit, sepanjang jalan tu kedai brg kulit je. kalau sepanjang jalan tu kedai aquarium, sepanjang jln tu la jual benda yg sama. mcm tu stail nya. takkn bercampur. perabut2 je, jeans2 je. kita yg xprnh dtg ni, mmg gile sekejap la jwbnya.:)

Cibaduyut ni tempat barang kulit. top tu toe kata org. semua benda dari kulit binatang. ori punya.  pakwe aku ni sempat la dia beli tali pinggang, kasut sarung dan selipar kulit. baju sejuk je dia tak beli yg kulit.

ada gaya pelancong tak mamat ni..:)

tgh compare nk yg mana
sib baik dia tak beli kasut gedabak tu

Sambil menunggu dia beli, aku selfie la. brader kedai ni pulak pasang lagu wings. mmg mcm rasa shoping dekat jln tar je..


Dah abis pusing kedai tepi2 jalan ni, kami masuk satu bgnn yg agak besar. mcm pasaraya la. sambung beli sini pulak. aku beli sepasang kasut hitam sarung. konon nk bwk pegi kje la kan..meeting o kursus. ye la, kang klu tak beli, balik msia nyesal. harga kasut kulit aku RM80.00 duit msia. murah la bg aku. kulit kot..

area2 baju2 dan jaket

orang tu tgh test jaket dia..ala2 korea sikit..
Pukul 8.45 mlm gerak dari Cibaduyut. aku request suh supir bawak kt tempat jual kain murah2 sbb kt pasar baru tak jumpa byk pilihan yg berkenan di hati..so dia bawak kami ke D'fashion pulak. around 9.00 mlm sampai sini. kedai nak tutup sbnrnya tp kami redah jer. wahhh, nk tergolek ase tgk harga kain n pilihan kain. byk woi n murah2....rugi tak beli kain tadi kt cni je terus. takpe, borong jugak la yang mana mampu....huhuhu..


nmpk mcm kedai mahal tapi tak mahal sbnarnya..
tgk mcamane ramainya org..
Sebelum kami balik tu, nmpk diorg tgh buat perhimpunan pekerja. briefing sikit la,mcm tu. kami pelanggan terakhir yg keluar. sgt ramai pekerja dia. SA yg layan aku tu ckp ada lbh kurg 90++ org pekerja taw. sbb diorg kje ikut shift dan ada 4 tingkat tmpat ni. stp seorg SA akan layan seorg pembeli dari pilih kain, potong, ikut ko nak naik tgkat berapa sekalipun smpai la ko byr kat cashier. dia tak la ambik duit skali tp dia akn assist bgtau kt cashier psl kain2 yg ko beli. ye la,aku tgk stp org bukan sikit2 beli kain. kalau SA yg layan tu tukar2, ko rasa macamane. tak pening masing2? mmg teratur cara kerja diorang.thumbs up!



ni SA yg layan mase dtg memula tu
pakwe test warna nak beli kain ela utk buat baju raya



pilih2..:)
ni kt tingkat 3 kalau tak silap
Pakwe aku ni ha, ushar punya ushar terbekenan nk tempah baju kameja. siap sehari. pilih kain dan design.nnt diorg buatkan. so far, kain dan jahitan puas hati. kain nmpk mahal n ekslusif tapi tak mahal pun. harga kain dan upah jahit siap RM180.00. aku rasa mmg berbaloi. diorg kat sana kalau kita tempah baju, mmg servis hantar sampai pintu bilik kt hotel. tak pyh ko susah2 dtg ambik semula. aku tempah blazer pun camtu jugak. sampai kt  hotel diorg hantar. baju kurung je aku tak tempah, beli kain shj. sbb tak tau lagi nak pakai bile.

Kami datang D'fashion ni dua kali jugak. esoknya datang lagi tambah apa yang tak cukup. siap beli semua pukul 10.00mlm. baru la rasa lapar. kihkih..kedai dah tutup baru nak lapar. baru sedor..hihihi

Supir bawak makan kt bakso ni. ye la, dh 10 lbh kot. mls nk mkn berat2. makan bakso dekat tempat asal usulnya.


menu
muka kepenatan


Kalau pegi makan dekat bandung, biler order makan diorg akan bagi sekali teh kosong. pakej sekali. so kt sana aku jrg order air manis sbb air dah ada. mcm bazir pulak klu tak minum. malam tu order teh pucuk harum. sbb tak tau dpt free air teh kosong. teh pucuk harum ni best. Wangi je. tp kene minum waktu sejuk. klu tak sejuk,macam loya sikit nak minum..


mine
pakwe ratah je
berangkut masuk ke bilik..:)
Hasil Shopping Day 1
Ehh...Tak abis lagi tau aktiviti kitorg untuk malam tu. oleh kerana malam minggu dan hotel yg kami stay tu di lokasi pub dan disko, so marilah kita lihat2 bagaimana org bandung mengisi mase diorg di malam minggu.. kami keluar bilik dalam pukul 12.30mlm.


Banyak kerusi disediakan di sini..sepanjang jalan ni adalah pub dan disko. café yg ada live band pun ada.


Kalau ikut kata supir, setiap hujung minggu dekat bandung ni, org Jakarta akan turun sini. sebab di bandung ni, tempat berhibur banyak. tempat shoping, makan, rekreasi, disko. so mlm minggu dekat jalan braga ni mmg org dari macam2 tempat ada.






Yup, memang happening. sambil jalan sambil layan lagu. keadaan memang sgt bising. ada pub yang agak2 pasang lagu best, kami stop depan pub dan join dengar sekali dengan org lain. tak perlu masuk pun takpe sbb ada pub yg terbuka luas. diorg pun ada yg macam mabuk so masing2 kepala layan lagu je. tak hirau org sekeliling dah. kalau org prmpuan, better pergi sini ramai2. jgn jalan sorg2. sbb macam2 jenis orang ada. pondan, budak moto, remaja, org tua, semua ada la.tujuan diorg cuma satu, BERHIBUR.

Balik ke bilik area pukul 1.30pagi. Berehat dan kumpul tenaga untuk destinasi seterusnya esok hari..:)