Thursday 10 April 2014

Proses Pembersihan Selepas Banjir

Sambung lagi kisah banjir ri tu

Lepas air dah betul-betul kering, ada la dalam seminggu jugak.
Baru la aku balik rumah n basuh segala tok nenek barang dalam rumah

Ya rabbi...busuk ya amat..
bape kali aku nak termuntah..
Ngan lauk basah dalam freezer yang dah seminggu tu
ngan sampah lagi, ngan air kotor lagi,
tahan jugak la...





Tak ramai lagi orang yang pindah mase ni
Memang aku guna sepenuhnya la lorong belakang rumah ni
semua barang rumahaku keluarkan
yang mana dalam stor tu banyak kotak2 buku n pinggan mangkok
memang buang abis la semua..
sedih tengok koleksi buku2 aku terpaksa dibuang

kt dapor lak memang abis semua keluarkan balik
macam mase memula nak pindah..
basuh balik barang2 dapor
so far barang elektrik aku semua boleh pakai lagi
cuma toaster je buang sebb besi dalam berkarat wpn boleh hidup lagi.


Dapo setelah dicuci dan dibersihkan...




Ni lak mase tarik kete aku yang tersadai kat dalam pagar rumah.
Sebab bateri kong ri tu..





Mase basuh rumah tu, en tunang bawak kawan2 dia tolong skali..
Sib baik ada diorang, tu pun aku ase badan sakit 2 3 hari lepas basuh rumah
Sangat memenatkan.




Segala barang yang hendak dibuang
Antaranya set sofa L shape, tilam, meja kopi, almari dapor, tikar buloh, almari solek kecik..
waaaaaa...sedihnya...


Keadaan rumah selepas siap dibasuh







Kereta tersadai kat bengkel dekat sebulan jugak
baiki n basuh sekali sbb air masuk dalam kete hamper cecah bumbung yer
so karpet semua kene basuh..
kos baiki kete 2k++


Ni lak aku keringkan sijil2 n dokumen penting
mana yang tak penting memang aku buang semua la macam surat2 bank sume.
yang aku terpaksa selamatkan sijil2 sekolah, dokumen peribadi n dokumen rumah.

Friday 4 April 2014

Memori Tentang Adik

Aku tertengok pic profil wassap adik laki aku ni
Memang memory klasik la
 
 
Aku takkan lupe pic adik aku mase kecik ni
Ye la kan,dia sorang je laki dalam adik badik.
Kitorang ni adik badik ada 5 orang.
yang no 4 ni je sorang laki
mase adik aku ni lahir, aku tak paham tau
sedara mara duk cakap kat mak ayah aku tahniah, tak nak tumbang kambing ke, kenduri ke
aku pelik jugak, nape orang ckp cmtu
sebelum ni dah de tiga anak takde pulak orang nak cakap camtu
 
Biler aku dah besar ni baru la aku paham
Ni soal keturunan dan urusan keluarga
Senang cite urusan faraid la.
Kan kalau ada anak laki maknanya segala harta pusaka hanya dalam kuarga shj
Sedara mara xde hak dah.
 
Tapi tak kesah la kan.
Kitorang ok jer.
Mase membesar dulu aku terpk jugak.
Adik aku ni sorang jer laki sbb yang bongsu pun pmpn gak.
Kot2 dia membesar lembut cam pompuan jugak.
Sib baik la sampai besar ni aku tengok dia gagah je tak lembik
Malu la kn dengan kakak dia.
Kakak2 dia lagi brutal pe.macam lelaki jugak.hehehehe
 
Mase dia kecikkan, giler hyperaktif la.
sangat2.
Tak boleh duduk diam walau seminit.
Macam pic kat atas tu la.
ko tengok dia duduk atas trak camtu.
Hanya kakak2 ni je yang tau camne lasaknya dia
Yela, klu pg kenduri or ziarah rumah orang.
Memang habis segala benda dipanjatnya.
Nak dicubit kecik lagi, bukan paham pun.
Senangnya mak aku tggl je klu pegi jalan dekat2
 
Ni ada satu bukti keaktifan dia
mase tu dekat porch kete
Ada la tumbuh pokok cili api
cili api yang kecik2 tu
umur adik aku mase tu dalam setahun lebih cikit la.
Dah pandai jalan sume.
Memang dapat kaki la mase tu.
Pokok cili tu setinggi dia lebih kurang.
dah berbuah n biasa la klu cili api kan
banyak warna.merah hijau.
Dia geram gamaknya tengok warna warni camtu.
 
Kami toleh2 carik dia, tengok kat mulut dia dah merah dah.
Ada kesan cili 2 yang dikunyah kat tepi mulut.
Kat tangan pun ada saki baki yang dia makan.
Menggelabah sume tangok mulut dia merah camtu.
Tapi dia senyap jer. mulut merah,mat berair cikit.duk bunyi shuu shuu slow2
Pedas la tu tp dia tak tau nak cakap camne kan.
 
Mak aku bagi dia kulum ais
Punya la suke pulak dia dapat gigit ais..
Lepas dari tu, dia tak leh makan pedas lansung.
Sikit pun tak leh hatta sos cili biasa.dari kecik sampai besar.
Sekarang aku tak sure pulak boleh ker tak.
Aku tak tau la dia ingat lagi ke tak moment dia makan cili tu...
 
Ada lagi antara yang aku ingat la
Aku ni dulu kakak yang garang
dulu la, garang cikit ngan adik2
mase tu adik aku ni dalam umur 6 or 7 tahun
dah faham bahasa la
ntah apa adik aku tu wat kat aku ntah
aku pg tempeleng dia
bukan sekali tp dua kali gak jadi.
sampai sekarang aku rasa kesal, nape aku tampar dia.
aku boleh bayang lagi camne reaksi dia.
Dia tak lawan pun tapi terkejut.
Pastu dia ngadu kt mak.huhuu
Mase tu aku rasa geram jer lebih, sesal ada sikit.
Huhuhu..
 
Kalau ko baca ni azam, aku mintak maaf tau.sob sob..
aku tak tau ko ingat lagi atau tak tp sampai sekarang aku tak pernah luper.
Adik lain aku tak pernah pun wat camtu.
Sorry adik Azam.
Sekian..
 
 
 

Thursday 3 April 2014

Entry Bergambar: Banjir Di Kuantan

Dari mana nak mula pun aku tak tau la
Kalau tak silap dah 4 bulan dah berlaku
Banjir yang pertama aku alami seumur hidup
selama ni aku tengok kat tv jer..
Tak pernah selami apa yang mangsa banjir ni rasa
tanpa diduga tahun ni aku antara yang terpilih tuk hadapinya..
Dah la duduk sorang pulak tu..waaa.....dalam ati punya sedih xtau nak cakap..
 
aku ingat lagi tarikh 3 dis 2013.hari selasa.
Aku baru masuk rumah lbh kurg sebulan.
ari ahad sblm tu aku ada la buat makan2 sikit.
bakar ayam jamu orang yang buat kje n kwn2
cikit2 jer...then ari isnin nya aku tak kje.malasn penat.
mase tu hujan dah turun sejak hari sabtu lagi.
tak berhenti cumanya lebat n kadang renyai.
langit memang mendung la.
 
then ari selasa aku siap2 nk pg kje pagi tu.
aku start kete xleh hidup.
dah start byk kali. pelik jugak klu bateri kong sbb xde tanda lansung bateri semput.
tepon tunang (mase tu xtunang lagi) aku n dia nk jumper.
jumper pun xhidup jugak.so last cabut je bateri kate.mase tu dah 9 lbih dah.
mmg dah lambat la ni nak pg kje.
 
alang2 lambat terus je la pg beli bateri.siap beli aku biar je dlm kete en tunang.
ingat ptg kang balik kje baru pasang balik.
then masuk opis kul 10.30. mase tu mmg hujan saja sepanjang pagi.lebat lak tu.
 
makin lama air kat opis makin naik.
sambil tgk fb kuantan, tgk de kwsn rendah dh naik.
doa2 la rumah aku xterkena.
Tanya jugak mmbr2 yang duduk area rumah aku tu..
 
pastu dalam kul 12 bos aku suh sume staf balik tgk rumah
mase tu dah kecoh dah byk tempat air naik
jalan pun byk kene tutup.
aku dah cuak dah. kol tunang suh ambik.
sib baik kje dia kje dekat je ri tu.
 
kami pun balik sepantas mungkin.
tp stuck kat im nak masuk highway.
air dh penuh atas jalan n terminal kuantan tenggelam.
so aku mmg xleh balik umah.
pk punya pk tunang aku hantar balik rumah family dia kt semambu
sib baik rumah dia tinggi.
then dia pegi survey jalan ngn motor.
 
lama gak dia pegi dalam satu lbh dgn bawak beg plastic.
sbb dia ckp nk cuba masuk rumah aku selamatkan apa yg patut.
berdebar wei aku tggu dia balik sbb nak tau kdn rumah.
sambil aku tgk update berita kt fb kuantan.
mmg jalan hamper semua tempat kt kuantan ditutup.
ramai yang sangkut tak boleh balik rumah.
waa..serius, mcm darurat dah aku rasa mase tu.
sedih xusah cte. kenang jer rumah yang baru diduduki, bertambah laju air mata aku turun,.
memang sayu sungguh. trbyg macmane lah rumah aku.
mgkin sbb 1 time pun ye jugak kot.
tak tau nak buat macamane.
 
dalam kul 4 lbh tunang aku balik dgn 3 bag plastic.
sib baik dia sempat selamatkan lappy aku.
n ambik baju aku sikit n brg atas meja solek.
segala fail n dokumen mmg xsempat ambik sbb semuanya dalam kotak dlm stor.
aku tak keluarkan n kemas lagi kotak2 tu.
pastu dalam 5 lbh aku pun pg balik ngn dia ke rumah aku sbb dgr air kt jalan dah surut.
sampai kat umah ya Allah..
selaut air wei..
sedih giler tp boleh tahan lagi.
kenderaan parking tepi jalan je.
jauh jugak nak menapak dari tepi jalan besar ke lorong rumah aku tu.
 
 
 
 
 
 
 
mase aku datang tu, ramai jugak penduduk yang tgh meraduk air balik jenguk rumah
sbb mase tu air masih di paras pinggang.
cecah je kaki aku dalam air, menggigil terus aku
aku ni dah la jenis xleh sejuk sgt tp dgn semangat yg kuat,aku redah jgk.
dalam keadaan hujan yang masih turun, badan yang kesejukan dalam air
kemudian mata yang memandang ke rumah, mmg ati sgt2 sayu
baru jer sebulan duduk rumah tu tp kene banjir pulak.
sangat sayu sampai bape kali aku menangis tengok rumah...
 
Pertama kali hadapi banjir dan ini banjir yang paling teruk sekali..
 
 
 
masuk rumah then kemas mana patut
dalam rumah air rendah sikit dari kt luar sbb lantai rumah tinggi sikit dari porch
cube letak n alih baju ke tempat tggi
meja mkan je pun
 
 
letak bakul2 baju atas bangku,
cube selamatkan dokumen2 n sijil2
wapn dah terkene air tp xpe.
ambik jgk.
nnt cube keringkn slow2
 
 
then ambik baju yang mana rasa nk bawak n letak dlm plastic sampah.
ye sgt praktikal rupanya nak angkut brg dlm air
 
 
air akan hanyutkan barang dan kite takde la letih nk bawak
dalam seminggu jugak baru aku balik rumah
 
 
 
tggu betul2 clear sbb mase tu ktenya mgkin ada gelombang ke dua
so bile ase dah selamat baru balik basuh rumah
Cite pasal basuh rumah kt entry lain

Ni picture kat sekitar opis aku

 

 
 
 

 
 


Yang ni pulak gambar di sekitar Bandar kuantan dan sg lembing
Gambar adalah koleksi dari wassap