Wednesday 16 December 2015

Entry Bergambar: Trip to Bandung 4-8 Sept 2015 - Day 2

Selamat meneruskan pembacaan ye..

6hb Sept 2015

9.00 pagi
Aktiviti pagi ni, hubb request ngan supir nak cari helmet. so supir bawak ke satu kawasan yang sepanjang jalannya adalah kedai helmet, kedai besar ada, kedai kecik ada. katanya nak ushar2 dulu.


rambang mata tengok macam2 design helmet






katanya kat m'sia xde design cmni
usahkan helmet dewasa, helmet kanak2 pun cukup banyak. berbagai warna dan corak..

salah satu helmet yg di rembat

10.30 pagi
Dari kedai helmet, terus ke Toko Tiga. Syurga jeans... sebab pagi sangat lagi keluar dari hotel, so pegi ushar helmet dulu sebab kedai2 kebanyakan buka pukul 10.

siap ada tukang jahit untuk outer jeans 
Untuk potong kaki seluar, foc sahaja tapi hari tu aku pun kecikkan sikit kaki seluar, dua pasang kena dalam RM12++ ...murah betul..
t-shirt pun ada
Macam-macam jenama jeans ada kat sini. yang aku sendiri tak pernah dengar pun ada. aku beli dua psg jeans untuk diri sendiri, dan sehelai seluar jeans n jaket kulit untuk adik lelaki aku.



test2

mamat ni usah cite la bape helai dia beli..



Yg ni kat tingkat atas. banyak juga pilihan jaket2 yang ada. yang kulit dan bukan kulit. semua ada. pilih aje. dan bayar..:)



1.30 tengahari
Perut dah berkeroncong. kami minta supir bawa ke restoran ayam penyet yang sedap di sini. Restoran Wong Solo. kat M'sia pun ada restoran ni tp rasa makanannya tak sama. memang ayam penyetnya sedap. aku ambik ayam goreng, hubb ambik ayam bakar. add on tomyam sotong dan terung belada. yang part tomyam tu rasa agak lain sikit. air pulak order soda bandung n durian belanda.

Nak cerita part air buah dekat bandung ni, tak kira lah di restoran mahal atau gerai tepi jalan, air buah kt sini mmg betul2 kaw. sampaikan aku rasa diorg ni tak campur air ke apa sbb pekat kot. supir cakap kt bandung buah murah. so kalau air buah tu, memang akan blend buah yang banyak.





set ayam penyet

set ayam bakar

set ayam penyet ada nasi, ayam, tahu goreng, terung goreng belada, sambal dua jenis dan ulam. yang ulam tu memang takde dekat m'sia. rasa dia macam kerabu daun kemangi. memang aku suka la kerabu tu. hubb pulak tak suka sangat. oke, aku pun habiskan ulam dalam pinggan dia.


3.00 petang
Kami singgah semula ke D'fashion,kedai kain yang kami pergi semalam. nak topup kain ela yang mana tak cukup lagi.


4.30petang
Setel beli kain semua, kami dibawa ke Collector Perfume. Kedai yang menjual minyk wangi ori. cube tengok pic kt bawah ni, betapa ramainya pelanggan yang datang. untuk membeli, pelanggan boleh tengok list nama perfume pada menu yg ada. kemudian tulis pada sekeping kertas kecil dan bagi pada jurujual. tunggu giliran, biler korang punya minyak wangi dah siap, dia akan panggil dan terus bayar. kalau ada cust nak test bau, dia akan calit sikit pada tangan. kata supir, kedai ni jual perfume ori, tak campur mcm kedai lain. sebab tu pelanggan ramai. memang aku ada nampak kedai perfume lain yang diseberang jalan. lengang kot. kedai ni tak pernah surut orang. kami yang nak beli banyak ni, duduk belah tepi. sambil tgk list, sambil tengok gelagat org.





ni SA yang layan kami
lepas kita dah bagi list nama perfume yang kita nak order, SA akn tulis pada pelekat kecil dan tampal terus pada botol. lepas tu baru dia isi botol dengan perfume.
botol dah lekat dengan nama





Lama jugak la kami duduk kat situ menelek list yang ada. semua bau sedap kot. Aku pilih n beli sedozen (12 botol) perfume.semua yang aku beli 30ml je. tak tahu lah aku tahun bila nak abis. dah la bau nya memang tahan seharian. selagi baju tak basuh, selagi tu la bau nya lekat. harga sebotol 30ml RM10++. murah kan....ye, berbaloi2 sebab tahan lama. Hubb pun beli sedozen untuk dia dan tambahan yang lain untuk kiriman orang.



Minuman ni supir belikan. dalam kami sibuk memilih perfume, dia tapaukan air buah. macam aku cakap tadi, air buah memang kaw. pekat. dia beli dekat stall tepi jalan je. Siap semua senarai yang ada, kami tinggalkan dulu kedai tu untuk dia buat order kami. lama kot, so buang masa je tunggu. marilah kita sambung shoping lagi.

6.00petang
Kat Bandung pukul 6 dia macam pukul 7 kat m'sia. sana memang lambat sejam. masa ni memang dah gelap sungguh. supir bawa kami ke Rumah Mode. Antara factory outlet yang terkenal kat sini. kita boleh pilih nak singgah di mana-mana factory outlet yang ada di sini sbb bersepah banyaknya. kami tak pergi semua pun.



Kat sini, ada la beli sehelai blouse dan sepasang baju tidur. hubb yang byk shopping.
Kemudian, pegi semula ker kedai perfume, ambik order kami yang telah disiapkan.

9.00malam
Seharian hari ni kami berjalan menyoping, so marilah kita manjakan diri di Spa. alang2 sampai sini, kene masuk spa la kan. harga opkos jauh murah dari m'sia. kalau tak silap kami ambik facial dan urut seluruh badan, lebih kurang RM80++/person. Masa urut dalam sejam setengah.


Selesai urut, minum air halia untuk buang angin dalam badan.




11.00malam
Memang kalau pergi bercuti, aku tak ingat dah nak diet.hehehe. supir bawak makan kat kedai makan 24 jam. dia ada cerita sebelum tu ada kedai jual ayam bakar sedap n murah, so aku pun cakap kat dia suh bawak kami makan kat situ. kami memang suka rasa makanan kt tempat orang. dia cakap, ni 1st time dia bawak cust kat kedai ni setelah bertahun dia bawak pelancong. kami tak kesah pun makan dekat mana-mana, janji bersih n halal.


Kedai ni stail dia meja panjang macam tu. lauk kita boleh pilih yang mana. memang semua dah sejuk. tapi..dia akan panaskan balik lauk yang korang pilih tadi. hatta seketul tauhu goreng. so bile lauk n nasi panas2,memang selera la makan... Lauk yang ada semuanya kering2. takde yang kuah. memang budaya kat sini macam tu kot.Di setiap meja, ada disediakan mangkuk kecil sambal biasa dan sambal terung pipit daun kemangi. yang ni free je. boleh ambik sebanyak mana pun. ni paling win bagi aku. dah la aku suka terung pipit, dia buat sambal daun kemangi pulak. fuhh, nangis perut aku malam tu sbb makan banyak. ayam bakar tu dia stail bakar kicap. so daging ayam tak kering walaupun dipanaskan.

Sebelum lupa, segala ulam-ulaman yang ada disetiap meja juga adalah free. So enjoyz..



Air macam biasa, x order pun. free teh kosong. minum je. sayang pulak kalau membazir.


So far memang best try makanan kat tempat orang. then dapat rasa pulak suasana yang sangat berbeza. tengah2 malam pun, kedai tu memang tak sunyi dari cust, tak kira la makan di kedai atau tapau. sebab tu kedai ni boleh buka 24jam. Dan kedai ni juga banyak cawangan di sini. so maksudnya memang terkenal jugak la kan..


Hasil shoping hari kedua di sini. dalam plastik hitam tu kotak perfume. SA dah siap2 wrap dalam kotak. senang masuk terus dalam beg nanti..

Kita sambung lagi nanti yer..:)


edit: setelah di google, nama kedai makan ayam bakar tu adalah Warung Ibu Imas. Dan sambal yang aku suka tu memang terkenal rupanya. :)

No comments: