Thursday 6 February 2014

Cerita Itu Telah Berlalu

Teringin aku coretkan apa yg berlaku supaya aku boleh baca balik di kemudian hari..
Supaya menjadi kenangan yang terindah dalam hidup aku.

Siapa yang pernah kenal aku dalam dunia blog ni akan tau kehidupan aku dulu.sudah punya seorang suami namun masih gagal mempunyai anak.itu semua takdir.takdir yang mengheret aku melalui hari2 seterusnya dengan tabah.xpe,tuhan akan bagi dugaan yg setimpal dgn kemampuan hambanya.

Jodoh kami tak panjang. Bermacam2 perkara yang berlaku tanpa aku dapat tuliskan kat sini.biarlah kami saje yang tahu. Tak siapa pun inginkan kesudahan rumahtangga dia jadi macam tu. Hanya yang pernah melaluinya saja yang tahu.

Biler semuanya selesai,aku masih lagi diulit kenangan dan cerita duka.masih lagi tak boleh buang semua nya serentak macam kita buang sampah tu.bile baling hilang semua.tak,bukan macam tu yer. Walau jaoh mana aku baling,kesan tetap ada tertinggal.masa.ye, masa yang akan hilangkannya sikit demi simit.aku tunggu...

Aku cuba lalui hari-hari yang seterusnya dgn kekuatan.cuba ye.walaupun biler berseorangan di malam hari rasa sgt kosong.tp aku tau tuhan sygkan aku. Tuhan nak bg yang lebih baik tuk aku nanti,cuma sabar je yer. Ye,aku sabar.aku kerja macam biasa n lepak dengan kawan2.org nk berkawan aku berkawan cumanya sekarang aku lbh hati2..

Dengan status aku skrg ni,org lbh suka nak ambil kesempatan. Berkawan setakat msg pada tagged or wechat tu pn.tuk bg no fon,hanya ada beberapa org jer tu pn aku xpernah jumpa.walaupun org ajak jumpa,aku elakkan.

Aku layan msg sekadar nak penuhkan mase jer.isi mase senggang aku. Aku tak pernah impi@ bayangkan pun yang aku akan jumpa jodoh dalam mase yang trdekat. Bukan senang kita nak jumpa orang yang boleh terima kte seadanya.terima kekurangan n kelebihan kita. Sayangi kte sepenuh hati.lindungi kite sbg isteri.bukan senang yer puan2.. sebab tu aku optimis yang aku takkan kawen dlm mase trdekat..

Iyer,lalui hidup bujang ni sepuas mungkin.walaupun rasa kosong hidup ni, tp aku tak nak kawen tuk berpisah lagi. Tak sanggup rasa nak melalui saat2 tu..:(

No comments: