Banyak sungguh kekangannya..
Malas pun ye jugak la
Nampak gayanya blog ni mungkin aku akan tulis pasal percutian je kot
kalau cite saban hari yg remeh2 tu rasanya mmg malas dh..
Cite pasal vacation pun kalau ikutkan hati malas jugak, tp sebab nak tgglkan memori
Kang aku ni lupe..makin tua..bukan makin muda
So.....
Meh la kita mulakan journey kita kali ni
Destinasi dipilih secara rambang juga atas faktor mata wang yang murah dan berhampiran dengan Malaysia. ni 1st percutian aku ke luar negara taw. so jgn gelak.
tiket adik ipar aku beli bulan 4 ari tu. Asalnya memang dah plan nk bercuti ber4. adik aku laki bini n kami. tp apakan daya. laki dia kene audit last minit. so mmg xleh cuti. tapi tiket flight mmg AA skg xleh tukar or refund dah. mmg burn jer la. tiket beli mase promo AA seorang pergi balik + luggage+makan = RM350.00. adik aku kata murah. so ok. xpe.
then lepas tu aku ushar2 hotel pulak. buat ite n budget. survey hotel semua n decide duduk dekat Fave Hotel, Jln Braga. Kos hotel untuk keseluruhan 5H4M adalah RM400.00. fave hotel ni ada jugak cawangan dekat tempat lain. yg aku duduk ni agak baru jugak la. dalam mall. memang kalau nk masuk ke lobi kene naik ikut parkg mall.
Tak sempat pun kami nk pusing mall tu. yer la, kuar hotel pagi2 sblm mall bukak, balik hotel dh mlm. kedai dah tutup semua. tp xpe la, mall sama je mcm Malaysia kan, so xde hal.
*******************************************************
4 Sept 2015
Bertolak dari Kuantan lbh kurang pkul 10 pagi. barang semua dah kemas dah malam sebelum tu. then sampai Gombak dlm zohor dan terus pegi TBS. kami tinggalkan kereta di TBS atas sebab keselamatan dan harga parking yang murah berbanding KLIA. rate RM4/day.
Dari Kuantan-TBS |
Dari TBS kami ambik KLIA Express. tiket sehala ke KLIA2 kalau tak silap (lebih kurang) RM22.50/person. masa perjalanan lebih kurang 36 minit.
KLIA Express |
sampai di KLIA2 masih awal lagi. jadi kami solat jamak qasar di KLIA2 dan makan. tapi bukan makan berat sebab aku dah book mknn dlm flight nnt.
Sejam sebelum boarding gate bukak, kami cek in luggage. orang memang agak ramai jugak la... then terus ke boarding gate. sebab kan masih awal lagi untuk berlepas, mase berjalan pegi ke boarding gate tu, kami pusing2 masuk dlm kedai bebas cukai yg ada. Sekadar cuci mata, simpan duit untuk shoping dekat bandung nnt.:)
Puas dah pusing, kami terus pergi ke tempat menunggu. Sepatutnya flight berlepas 7.45mlm tapi delay 10.00mlm. ok la,xpe. still boleh terima. pergi solat semua n carik makan. dan dtg balik sblm pkul 10.00mlm.
Hampir waktu berlepas, AA announce yang flight delay lagi. delay pkul 9.30 pagi keesokan hari nya. wahhh...blur sekejap kami. tengah duk pk, sambil aku ushar2 hotel dlm KLIA2 ni,AA announce yg penginapan ditanggung. fuhhh, lega. yer la, hotel yg aku booking kt bandung tu dh kira burn dah, so klu yg ni pun kene byr sendiri, mmg sakit la kan..sib baik diorg bg hotel yg selesa. Sama2 Hotel. dlm kwsn boarding gate tu jugak. so ite kt bandung nnt mmg kene ubah balik la sbb dh short separuh hari kt sana..
5 Sept 2015
Pagi tu bekpes dekat hotel then gerak ke ruang menunggu. flight berlepas seperti dlm jadual. sib baik smooth je.
Terbang di awan biru |
Akhirnya setelah berbagai cabaran (kononnya) kami sampai jugak di Airport Bandung. Cuaca agak terik tapi tak panas. sama mcm cuaca dekat Cameron. yer, suhu kat bandung siang pun hanyalah dlm 24 darjah celcius. lbh kurang. mlmnya lagi sejuk around 18-20 darjah.
Selesai segala urusan beg n passport, keluar airport dlm pkul 12 tghari. wahh. kwsn yg sgt sibuk. mcm pg jalan tar, chowkit camtu. bandung bukan bandaraya, x banyak sgt bgnn yang gah. tapi penduduknya memang ramai.
Pak Tato (supir kami) hantar kami ke hotel dulu untuk cek in dan tukar baju. ye la, dah short waktu kan so kene cepat la,xleh lengah2. rugi masa.
lobi hotel |
Keluar semula dri hotel pukul 1.30 tengahari. Supir bawak pegi pasar baru dulu sebab aku nak tempah blazer. takut lambat siap kalau lambat tempah.
Sampai pasar baru, dah ada org yang tunggu kami. kawan2 supir ni jugak. memang kalau dia lepaskan kami, alamat sesat la wei...7 tingkat kot. dah la kedainya sgt byk. mcm pasar ct Khadijah or pasar payang. korang bayangkan cmne. crowded dengan pembeli dan penjual. aku beli kain sulam, kain ela dan lance. murah2 kot. sib baik la byk lagi tempat nk pegi. tak berani nak shoping melampau. aku pegi cni dua hari, hari ni dan hari ke-3. tu pun sbb nak carik telekung dan kain batik yang mak aku pesan.
ni dekat kwsn jual kerepek/keropok |
Ni kami punya pemandu arah dalam pasar baru. dulu dia pondan tapi skg dh insaf. Susi namanya. nama panjang dia aku tak ingt. memang byk mulut la orgnya.
dengan susi |
Cibaduyut ni tempat barang kulit. top tu toe kata org. semua benda dari kulit binatang. ori punya. pakwe aku ni sempat la dia beli tali pinggang, kasut sarung dan selipar kulit. baju sejuk je dia tak beli yg kulit.
ada gaya pelancong tak mamat ni..:) |
tgh compare nk yg mana |
sib baik dia tak beli kasut gedabak tu |
Sambil menunggu dia beli, aku selfie la. brader kedai ni pulak pasang lagu wings. mmg mcm rasa shoping dekat jln tar je..
Dah abis pusing kedai tepi2 jalan ni, kami masuk satu bgnn yg agak besar. mcm pasaraya la. sambung beli sini pulak. aku beli sepasang kasut hitam sarung. konon nk bwk pegi kje la kan..meeting o kursus. ye la, kang klu tak beli, balik msia nyesal. harga kasut kulit aku RM80.00 duit msia. murah la bg aku. kulit kot..
area2 baju2 dan jaket |
orang tu tgh test jaket dia..ala2 korea sikit.. |
nmpk mcm kedai mahal tapi tak mahal sbnarnya.. |
tgk mcamane ramainya org.. |
ni SA yg layan mase dtg memula tu |
pakwe test warna nak beli kain ela utk buat baju raya |
pilih2..:) |
ni kt tingkat 3 kalau tak silap |
Kami datang D'fashion ni dua kali jugak. esoknya datang lagi tambah apa yang tak cukup. siap beli semua pukul 10.00mlm. baru la rasa lapar. kihkih..kedai dah tutup baru nak lapar. baru sedor..hihihi
Supir bawak makan kt bakso ni. ye la, dh 10 lbh kot. mls nk mkn berat2. makan bakso dekat tempat asal usulnya.
menu |
muka kepenatan |
Kalau pegi makan dekat bandung, biler order makan diorg akan bagi sekali teh kosong. pakej sekali. so kt sana aku jrg order air manis sbb air dah ada. mcm bazir pulak klu tak minum. malam tu order teh pucuk harum. sbb tak tau dpt free air teh kosong. teh pucuk harum ni best. Wangi je. tp kene minum waktu sejuk. klu tak sejuk,macam loya sikit nak minum..
mine |
pakwe ratah je |
berangkut masuk ke bilik..:) |
Hasil Shopping Day 1 |
Banyak kerusi disediakan di sini..sepanjang jalan ni adalah pub dan disko. café yg ada live band pun ada.
Kalau ikut kata supir, setiap hujung minggu dekat bandung ni, org Jakarta akan turun sini. sebab di bandung ni, tempat berhibur banyak. tempat shoping, makan, rekreasi, disko. so mlm minggu dekat jalan braga ni mmg org dari macam2 tempat ada.
Yup, memang happening. sambil jalan sambil layan lagu. keadaan memang sgt bising. ada pub yang agak2 pasang lagu best, kami stop depan pub dan join dengar sekali dengan org lain. tak perlu masuk pun takpe sbb ada pub yg terbuka luas. diorg pun ada yg macam mabuk so masing2 kepala layan lagu je. tak hirau org sekeliling dah. kalau org prmpuan, better pergi sini ramai2. jgn jalan sorg2. sbb macam2 jenis orang ada. pondan, budak moto, remaja, org tua, semua ada la.tujuan diorg cuma satu, BERHIBUR.
Balik ke bilik area pukul 1.30pagi. Berehat dan kumpul tenaga untuk destinasi seterusnya esok hari..:)
No comments:
Post a Comment