Permata hati kami |
Lama masa untuk aku ambik untuk mencoretkan n3 ini.Sekadar memory untuk aku simpan biler mana aku tua nanti.Coretan tentang cerita dan kisah jasa dan keringat seorang
abah. Aku bangga ada abah yang tak pernah gagal membesarkan
anak-anak dengan sempurna
Apa sahaja kemahuan kami, akan cuba dituruti tak kira dari
segi pakaian, makanan malah bercuti. Sedaya upaya dia cuba penuhi.Sehingga disaat2 akhir hayatnya juga pun, tetap tak lupe nk
mengingatkan mak tuk beli banyak lagi makanan kerana semua anak2 nak balik…aduhhh..hati
jadi serpihan kaca biler ingat balik..
Senyuman itu |
Aku sebagai anak sulung, memang adalah paling lama bersama
abah dari adik2 yang lain.
Abah bukan kerja kerajaan, hanyalah seorang peniaga. Beliau mula
berniaga semasa umur aku lebih kurang setahun. Sejak dari itu lah dia berulang
alik setiap minggu dari sabak bernam ke taman melawati untuk mencari rezeki. Itulah
pekerjaannya bagi menyara kami sekeluarga dari dulu sehinggalah kami dah besar
dan dapat mencari rezeki sendiri.
Tak banyak memory yang aku masih ingat mase kecil bersama
dia. Cumanya dia rajin bawak aku pergi ke kedai naik motor untuk beli lauk atau
brg dapo dengan syarat sehari hanya sekali sahaja boleh beli mainan. Ahh, rindu
saat tu. Rindu keinginan dan keghairahan naik motor sambil pusing kg. kalau tak
beli pape pun xpe, janji ikut.
Rombongan dari pihak kami |
Masa semakin pantas berlalu. Dalam pada sibuk mencari rezeki
untuk kami, abah ada penyakit darah tinggi dan gout. Biasa la, penyakit akan
datang bile badan dah makin tua. Yang aku tak boleh luper, dia suruh jer mak
beli udang/sotong kalau pegi pasar untuk bagi anak-anak makan bile balik sekali
sekala ni walaupun dia sendiri tak boleh makan. Mak slalu tegur abah, tak perlu
lah beli sbb kesian abah tak bleh makan. Abah akan jawab kesian anak-anak nak
makan. Kami tak kisah pun sebenarnya semua tu abah, janji abah tak sakit
selalu. Kami boleh makan semua tu kt luar.tapi itulah abah kami…L
Bersama salah seorang adiknya |
Perjalanan kesihatan abah begitulah. Ada turun, ada naik. Tapi
semua under control. Dipantau oleh emak selalu. Senyuman abah tetap ada
menunggu kami pulang ke kg. tetap ada. Tetap ada sarapan pagi atas meja bile
kami anak2 ni bangun pagi. Balik solat subuh kt masjid, dia akan beli sarapan. Beli
mknn kegemaran anak2.
Bermula ramadhan 2014, entah kenapa abah semakin hilang
selera makan. Dia hanya mampu berpuasa seminggu sahaja. Dek kerana tak de
selera tu lah, badannya semakin susut. Dah tak de daya untuk berpuasa. Jenuh kami
anak2 carikkan makanan yang ingin dimakan. Aku takkan pernah luper, mknn
terakhir yg aku belikn untuk dia mase ramadhan terakhir dia adalah nasi ambeng
dan murtabak pisang. Murtabak pisang fav dia. Aku mmg ikut selera dia yang tu. Nasi
pulak dia hanya mampu makan dalam 3, 4 suap jer. Tapi boleh la, untuk bagi
tenaga pada dia. Sepanjang tak selera makan tu, dia hanya minum air dan susu
je. Itu pun segelas sehari. Makin lama makin sikit. Allahurabbi, tak sanggup tgk
dia macam tu.
kek yang ku beli tuk meraikan hari jadi terakhirnya yang jatuh pada ramadhan lalu |
1 Syawal 2014 aku beraya di kuantan. Walaupun mase tu ada
rasa nak balik sabak bernam untuk 1 syawal, bile pikirkan suami, aku beraya di
kuantan dulu. So nnti boleh lama sikit kt kg aku. Ntah kenapa 1 syawal kepala
aku tetap ingat kg. ingt abah yang tak sihat. Aku berkeras nak balik petang 1
syawal. Walaupun ada sedikit masalah, aku tetap teruskan niat sebb aku dah
maklum dulu pada mak yang aku nak balik awal. Biler mak call semula n bgtau
abah Tanya bile aku akan sampai, hati aku tuhan shj tau.
Aku sampai kg lbh kurg pukul 2 pagi. Abah yang masih berjaga
tunggu aku balik. Katenya terjaga sbb nak minum air. Hampir seminggu aku beraya
di kg. abah memang dah semakin tak larat. Dah tak pergi mana2. Hanya tunggu
orang dtg ziarah dia je. Tapi kami tetap yakin abah akan sihat semula sebb dia
memang selalu jugak sakit2 macam tu. Hari jumaat aku gerak dari kg. singgah KL
satu malam . so sabtu bru balik kuantan. Sampai rumah dalam 6.30 ptg. Malam kami
tertido awal sebb letih perjalanan. Dalam pukul 12.50 pagi, mak aku kol bgtau
abah dah nazak. Dalam pada mamai2 tu aku duduk sambil berpikir. Apa nak buat
sebab baru smpi kan..kejut laki bgtau n tanya pendapat. Katenya esok kol balik
n klu teruk kite balik kg esok jugak. Aku kol balik mak semula dalam kul 1. Tengah
ckp dlm tel, abah dah pergi mengadap Ilahi. 3 ogos 2014. Aku tak de di cc arwah
mase dia pergi. Aku sorang je takde.:(
Bile dah bertenang n lega perasaan, kami bersiap. Packing brg
semula slow2. Sbb xde apa tuk aku kejarkan dah. Then dlm pukul 3 pagi gerak
balik kg. drive gilir2 sebab nak smpi sblm kebumi. Nasib baik sempat duduk kt
tepi jenazah sebelum dimandikan. Sempat tenung dan cium wajah dia. Sehinggalah siap
di kapankan. Disolat dan dikebumikan dekat dengan rumah jer. Semua tu masih
jelas tergambar di kepala aku. Saat2 kehilangan tu. Sakit dan sedih masih lagi
kuat. Masih sama.
Tidak akan ada lagi gambar seperti ini |
Abah….Pergilah dengan tenang. Senyuman terakhirmu takkan aku
lupe hingga akhir hayat. Maafkan aku dari hujung rambut hingga hujung kaki. Dari
aku kecil hingga kini. Aku bukan anak yang baik untukmu. Anak yang sering buat
hatimu risau. Ampunkan aku abah. Maaf, aku tak bersamamu di pagi Syawal
terakhirmu. Terkilan dihati ini hanya Tuhan saja tau.
Tiada lagi senyumanmu menyambut aku pulang. Tiada lagi sarapan
di atas meja dipagi hari. Tiada lagi gurau serta usikan mu untuk kami. Tanpa sempat
aku bahgiakanmu, tanpa sempat aku balas jasamu. Kau pergi mendahului kami. Mengadap
Yang Maha Esa.
Namun jauh disudut hati tetap bahgia dan gembira dengan
pengakhiran kehidupanmu sebegitu. Senyuman di bibirmu dan wangian di tubuhmu
takkan pernah kami lupa.Kami akan menyusul abah, entah tak tahu bagaimana
kesudahan. Moga baik jua kesudahan kami nanti.:)
Wajah tua yang telah berkorban segalanya untuk memastikan keluarganya dapat hidup dengan sempurna.. |
No comments:
Post a Comment