Thursday, 8 December 2016

Selamat Konvo adik!

Tarikh : 13 Ogos 2016
Tempat : Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bangi.
Jurusan : Diploma Pendidikan TESL (Teaching In English As A Second Language)

Tahniah kepada satu-satunya adik lelaki aku. Tak sangka dia berjaya dapat diploma. dalam TESL pulak tu. memang tak terbayang langsung tau sebab adik aku ni mase sekolah biasa2 je. Syabas! 



Aku n husband pergi menggantikan orang tua kami. Malam sebelum tido dekat Bangi Gateway Hotel. Hotel ni mmg aku selalu repeat. bukan apa, senang kt ctu, parking, dalam mall n dekat dengan tol. harga pun berpatutan. Pergi awal la konon nak masuk dalam dewan tapi lepas tu hampeh. adik aku lupe nak panggil aku masuk. bertuah betul. memula geram n terkilan jugak ngan dia sebab dia ni mmg jenis pelupa. aku dah ckp yang aku nak masuk dalam dewan, n suruh dia bagi pas masuk pada aku. dia kata nak solat zuhur then baru bagi. aku duk tunggu la, sampai last2 tepon dia balik ckp dia dh nak masuk dah....:(

Tengok dekat tv dalam dewan lain la jawabnya. 




Then xlama adik aku yang belajar dekat nilai datang. masa ni sidang petang ni nak abis dah.


Ni pic dekat taman depan dewan konvo. yang perempuan sebelah aku ni sepupu kami. pun konvo jugak. pun ambil cos English jugak tp bukan pendidikan.

Tahniah, selamat memasuki alam pekerjaan

kami

me n him

us dengan family pakteh

cantik pic kt tasik kuis ni. rindu kuis 

Dah alang2 cita pasal konvo, nak cita terus la pasal konvo aku dlu. Gambar pun ada. simpan buat kenangan.

*********************************
Tarikh : September 2008
Tempat : Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bangi.
Jurusan : Diploma Pengajian Islam (Syariah)

Share pic yang mana ada je.
muka nerd lagi.haha

ni bestfren kemana2 bersama

adik bongsu. skg habis spm dah

ni yang study kt nilai tadi

ni dah jadi cikgu

Rindu abah. Al-Fatihah

Ni la adik aku yang konvo tu













Takde apa nak bebel. sekian.

*mood: layan memori.

Entry Bergambar: Trip to Bandung 4-8 Sept 2015 - Day 4

Dalam hari yang sama taip day-3 skg terus ke day-4 ye.
Tengah rajin.

Day-4
Tiket flight tak silap dalam 8.30 pagi lbh kurg. so kami bangun seawal pagi yang mungkin. Barang dah siap packing malam sebelumnya. tu pun berdebar nak tido malam, takut dua2 hanyut tak terjaga sbb semalam siang berjalan sakan. kunci semua alarm n minta reception kol juga.


Dari hotel terus ke airport. selagi tak cek in, selagi tu rs berdebar je.. ni tengah wrapping brg2. terlebih kg utk kargo. so budak2 wrapping ni tolong keluarkan dan buat hand carry so ngam2 je barang duk kargo tu. dah alang2 wrapping, kami minta diorg buat semua bag sekali kecuali bag luggage. bag yg kena wrap adalah bag plastik shoping, kami beli yang besar. memang tujuan nak letak barang shoping je dalam tu.




Dah selesai cek in semua n tggu pengumuman baru la lega...perut lapar tapi tggu je sbb dah beli mknn dlm flight.








Ada kejadian mase nak lepas kastam Malaysia ni. laki aku beli dua biji helmet kt bandung. tak pasal kena tahan. sbb diorg kata salah. helmet luar xde sirim. mula2 diorg kata kena bayar. kami ingtkan duit kopi la kan..bila kami diam, dia ckp la yang kami beli kain baju byk, minyak wangi banyak. pun kalau ikutkan salah katanya(ntah betul ke tidak xtau la). Ye la kan, dah lalu scanner, mmg nmpk semua la. Peg kastam ckp dia mls nak punggah bag kami sbb kami dah wrap (fuhh...) so dia kte senang byr je. kalau tak nak byr, kami kena call pihak supplier la, apa la nak sahkan helmet tu. memang rumit la.

Bile kami pikir2, senang byr je. so bila laki aku tanya ada resit ke tidak, dia kata ada resit. so mmg sah la byr ke pej kastam, bukan masuk poket dia. boleh diterima la kan. kena dalam RM150.



Selesai semua urusan kami naik train dan ambil kereta di TBS. sepanjang perjalanan balik dari KL-Kuantan, aku tidur je. tak boleh celik mata lansung. Ngantuk tak ingt dunia. Orang tak pernah fly, camni la..:)

Ok la, itu sahaja untuk kali ni. nak menghabiskan satu trip, makan tahun kot....hahahaa..

Jumpa lagi..:)

Entry Bergambar: Trip to Bandung 4-8 Sept 2015 - Day 3

Assalamualaikum semua...
Lama sungguh tak mencoret dalam blog kesayangan ni.
sampaikan tak pasti aku masih mampu menaip atau tidak macam dulu..

Jom la kita sambung cerita pasal trip ni walaupun dah lebih setahun berlalu..:)
Dah tak gigih macam dulu uols

*****************************************************************

Day 3
Pak Supir bawak kami mkn pagi di sebuah kedai makan. atas permintaan kami, nak rasa makanan masyarakat bandung di pagi hari. so dia bawa ke sebuah kedai yang tersorok di celah2 bangunan dan kena melalui lorong sempit. Kedai makan ni macam diubahsuai dari kediaman, sbb tu mgkin kedudukannya tersorok sikit. tapi jangan main2 tau, tempat makan je macam ni tp byk org2 besar kerajaan Indonesia dah datang makan sini. Presiden diorg pun pernah dtg makan jugak. budaya kat sana org2 besar kerajaan ni masih pergi makan di kedai2 macam ni. Kalau kat Malaysia, kirim salammm..


See, kedainya biasa je kan..


Ni la supir kami terbaik


Ni la menu specialnya
Nama makanan atas ni Lontong Kari. Yang macam keropok tu adalah emping.
Rasanya macam makan nasi impit dengan kuah mee kari. So tak la pelik bagi tekak kami. boleh makan n not bad jugak. Kata nak rasa mknn tempat org kan..

Betul aku cakap kan..lalu celah2 bangunan
Nak sampai kedai ni, kena lalu lorong camni dalam 100++ meter. tak sure sgt. tp lebih kurg la.
Tapi nak puji, lorongnya bersih, tak scary pun so xde hal la klu jalan jauh sikit pun demi mu makanan...hahaha

Kami di pagi hari ke-3
Selesai makan pagi, kami pergi ke satu jalan ni. Jalan yang jual banyak helmet semalam. Tempat ni sebenarnya xde dalam list tapi bile laki aku tanya kat mana nak cari barang motor, kat jalan ni la supir bawak. Macam yang pernah aku cerita sebelum ni, kat bandung stylenya, kalau jalan tu jual brg kulit, barang kulit je lah, ko takkan jumpa kedai perabot ke, kedai ikan ke..n so on..

And here we go again..mmg ada jugak la design helmet yang rare, xde kat Malaysia. Kat Bandung ni, motor atas jalan sangat banyak. boleh dikatakan lebih dari kereta sampaikan diorang ada ruang khas untuk motor bila di trafik lite. biasa kalaukat Msia motor akan selit2 je kan depan n tepi kereta. Ruang khas nya agak besar jugak, kalau 5-10 meter panjang dan lebarnya seluruh jalan. kemudian ruang ni akan dicat warna merah. so kalau kt trafik lite tu, kereta akan berada belakang ruangan merah ni, motor yg akan duk depan. mmg byk betul motor wei.

Sebab tu jugak la kot industri motor n segala aksesorinya membangun pesat.


yang ni kami beli


kedai jual helmet sahaja
aksesori motor yang lain pun banyak jugak. Pendek kata semua adalah!

Seterusnya makan tengahari kita pegi makan Nasi Padang. 1st time nak rasa ni.
Kat Malaysia asyik tak sempat je nak pergi. so dah sampai sini wajib try.



cara hidangnya mmg macam ni
Bukan kitorang buruk lantak ei, semua makan..hahaha
Memang cara hidangnya macam ni. dia akan hidang semua jenis lauk yang ada dalam kuantiti yang sikit.
So kita makan yang mana kita nak je, n nanti akan bayar yg mana kita makan je.
Kalau orang yang tak tau, mungkin akan usik semua lauk. ha, bayar la ko semua nya..


lauk ni aku makan sampai 3 pinggan
Aku makan tak banyak lauk pun, sayur + lauk atas ni. Kalau tak silap aku ni daging lembu tapi bahagian kaki. mgkin urat keting or kulit dia. memang fav aku pun ni kalau kat malaysia. sebab tu makan lauk ni je. laki aku xleh pegi dengan lauk ni.

Dah kenyang semua... jom pergi tempat lain pulak..

Ni namanya Floating Market. Lebih kurang macam dekat Thailand tu. Tapi ni bukan dekat sg tapi dekat tasik. macam tempat ni memang dibuat untuk pelancongan.

Tiket masuk tak ingt. sila google. tapi tak mahal pun kalau xsilap. Kat sini banyak bahagian n sangat luas. lebih kepada lanskap. ada taman jepun, kolam ikan, floating market, tmn rabbit n sbgainya.






Cantik sangat kan tamannya
Tenang betul la tempat ni.. Ni pun sampai dah petang so banyak tempat xdpt pergi sbb dah gelap. kat sana gelap awal dari malaysia.

untuk dijual


tempat minum


ni hanyalah replika je


bebola kayu
Ntah apa la nama taman ni tapi mmg kagum la. macamane la diorg buat bola dari kayu macam tu.
Memang rumit betul.



















ikan besar2

bile diberi makan, kerumun bagai nak hapa


Kami sampai dah lewat ptg kt area sini so byk floating boat dah tutup. Kalau sampai awal mesti meriah kawasan ni sbb byk org beli2.








yang belakang tu floating boat




mmg cantik tempat ni untuk bergambar 





Ni ada sawah padi pulak













Sampai dah malam kita kat sini

Untuk dinner, kami minta supir bawak ke restoran yang special sikit. then dia bawak ke sini. restoran ni di Bukit Dago kalau tak silap. Namanya The Stone Cafe. Ada pentas untuk live band buat persembahan jugak.

Kami ambil tempat makan jenis pondok. kat sini banyak jenis tempat duduk. sejuknya memang tak payah cakap la, dah la cuaca bandung sedikit sejuk dari malaysia. lepas tu makan atas bukit pulak, malam lagi. xsilap aku dalam 18 darjah mlm tu.

Pic makanan ntah mane tak jumpa dah. hehehee. tapi overall makanan puas hati, semua sedap. total bill dalam RM70++. so ok la, macam makan kat kafe malaysia gak.



pondok dekat lereng bukit. belakang tu lampu2 bandar bandung



Malam terakhir dapat romantik dinner macam ni..Best sangat. Kenangan yang tak dapat dilupakan..:)

Itu saja untuk hari ke-3. Nanti kalau rajin akan jumpa dalam tahun ni. kalau tak rajin tahun depan, eh..